Welcome To ✦ Domokun ✦ Land..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ Domokun ✦






Pages

ƨɛℓαмαт ∂αтαиɢ κɛ вℓσɢ ∂σмσ κʋи.. ʝαиɢαи ℓʋρɛ ғσℓℓσω αи∂ ℓικɛ ғαиραɢɛ ƨαʏɛ тαω.. σκɛʏн..ℓɛραƨтʋ тιɢɢαℓκαи ʝɛʝακ κσяαиɢ ∂ɛκαт ƨнσʋтвσϰ тʋ σκ ..

nak cari ape !!

Saturday, 27 October 2012

kehadiran orang kusayang *my adeq angkat*

Views


                             

haii semua.. hari niy saye happy sanga-sangat sebab dapat adeq angkat baru.. saye memang sayang sangat-sangat kat dea niy.. dah lame nak jadikan dye sebagai adeq.. tapi malam tadi akhirnye tercapai jugak...27.10.2012..tepat kol 1.20 pagi hari sabtu..huhu... name die nur farahin .. hehe.. a.k.a farahin.. sayang die macam adeq sendiri :)

 okeyh nie adeq ku berpakaian unifom sekulah.. haha.. eje pon tak betol.. almaklomla..da x sekula lagi..haha..poyo jewk kan saye niy :)
                                               haa.. i like this pic..coz sweet tawu..
niy pic die time turun bahau.. mybe jumpe boyfie die kot.. *peace yOo..heheh ..
btw.. akq sayang gile dekat adeq.. terima kasih sebab mao terima akq :)

Wednesday, 24 October 2012

teringat mase skola

Views




                          

hmm.. terase rindu pulak time sekolah dulu.. bile di ingat kan semula..memang kelakar , sedih pon ade jugak.. tapi semua tu hnye tinggal kengan saje kan.. :'(
sekarang semua kawan-kawan aqu ade yang dah kawen.. ade yang da tunang pon ade jugak.. time aqu bile lah pulak nak sampai niy..huhuhu.. gedik nye.. boyfie pon xde..ad hati nak kawen kan.. rindu kat ewan..hmm.. btw. i realy-realy miss you all...

sweet tak kami.. haha.. kami hanye kawan semate-mate ye.. tak lebih dari ape-ape pon..haha..
                                             dua owang budak degil..hahah
best friend aqu dari kecik lagi.. sayang ko dear... name die nur halilah..die comel weii..huhu
time niy..aqu pegi tandas..die owang semua sebok je nak ikot.. sebab tahu aqu bawak fon..btw aqu yang snap pic niy..memang lah muke aqu tak de kat situ..huhu
nie lah budak perempuan kelas aqu.. tak ramai kan.. btw yang baju merah tu cikgu aqu..name die nadia kot..haha..dah lupe lah ...huhu..jangan mara ye cikgu..
okeyh..ni pulak budak laki kelas aqu.. tapi sayang nye tak ramai yang datang kan..huhu..sedihh..
nie lah semua gambar kawan kelas aqu mase sekolah dulu.. hehe.. memang kelaka kan..
btw..aqu miss sangat time dulu.. hmmm..

 ok.. niy lah gambar kawan aqu yg dah bertunang tu..name die fatin nabilah.. 27.10.2012 niy die dah nak kawen dah,,
haa..yang niy kawan aqu yang dah kawen tu.. name die siti hajar.. btw..dye dah mengndong..tak lame lagi..kami semua jadi makcik angkat lah kan..huhu.. jeles nye.. sweet,,manje gitu lorh... huhuhu..

p/s : rindu korang semua :'(




Tuesday, 23 October 2012

Kecewa cinta : Mengapa perlu bunuh diri?

Views


                                
Salam sejahtera.. semoga kita semua tergolong didalam orang2 yang diredhai Allah.. Bersabarlah dalam menghadapi hidup ini. Walau kadangkala kita merasakan hidup ini terlalu banyak ujian yang menimpa kita. Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya. Dan dia juga tidak akan menguji hambanya denga ujian yang tidak mampu hambanya hadapi.Dalam hidup kita, pasti kita tidak lari untuk membicarakan tentang cinta. Diam atau tidak.. Naluri kita sebagai manusia pasti akan hadir perasaan cinta. Ia adalah fitrah dan lumrah semula jadi insan untuk salin sayang menyayangi.Tidak salah untuk kita bercinta jika benar haluan yang ingin kita bawakan dalam percintaan. Dalam alam percintaan pasti kita sering lupa diri. Hingga sanggup berkorban harta ringgit demi orang yang kita cinta. Ada juga yang sanggup berubah menjadi orang lain demi menjaga hati dan perasaan orang yang kita cinta.
bunuh diri Kecewa cinta : Mengapa perlu bunuh diri?

Namun harus kita ingati. Adakala percintaan yang terbina tidak semestinya berakhir ke alam perkahwinan. Dan bila kita putus dalam percintaan kita pasti akan rasa kecewa dan hampa. Apatah lagi kita merasakan telah banyak yang kita lakukan yang telah kita korbankan hanya untuk percintaan yang terbina.Persoalannya.. Mengapa ada yang sanggup mengambil jalan mudah apabila putus cinta? Hingga ada yang tergamak menamatkan riwayatkan diri sendiri.Bukankah masih banyak lagi wanita atau lelaki yang lebih baik diluar sana. Kita harus yakin bahawa apa yang Alla ciptakan dan aturkan dalam hidup kita adalah sebaik baiknya aturan buat kita.Islam sendiri melarang kita membunuh diri kerana tergolong dalam dosa besar. seperti Sabda Rasulullah saw yang bermaksud“Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)Maka marilah bersama kita renungi diri kita ini. Apatah lagi bagi kita yang kini tengah hangat dilamun percintaan. Tanyalah diri kita apakah kita telah bersedia untuk kecewa? Carilah ilmu yang dapat membantu kita mengekalkan percintaan hingga ke jinjang perkahwinan.

                                                          

Monday, 22 October 2012

kehilangan dia

Views


                         

hari niy genap lah 3 minggu sye kehilangan exfuture husband.. hmm..
xtahulah kenape lah susah sgt nak lupekan dye.. bnyak sgt kenagan manis kami.. btw..saye harus melupekan dye buat selame-lamenye.. Dan dye bukan milik saye lagi dah.. rindu nye dekat dye..
btw..saye doa kan awk epy ngn life and si die ye.. huhhh.. saye ngaku..mmg susah nak lupe kan owg yg dah lame kite kenal kan.. lagi-lagi dye penah jadi sebahagian dari hidup kite kan.. ape2 pon..saye sayang kan awak selamenye ewan .. :'(

Hatiku terluka lagi!
Siapa yang dapat memahami diri ku ini?
Pada sekeping hati nurani
Dan pandangan yang jauh serta sebuah shurga
Satu kebenaran….
Bagai perisai dan sebuah senjata
Pemagar diri yang terluka ini.
Hatiku terluka lagi..!
Disebalik kabus kejahilan dan kedegilan
Mereka2 yang mengambil mudah erti kewujudan
Pada sekeping hati…
Dan sebuah impian kesejahteraan
Yang pasti kekal abadi!  :(


Friday, 19 October 2012

Edisi Tips! Bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman?

Views


                                     
Bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman? Mudah sahaja caranya. CUBALAH!

Pertama pastikan lokasi tempat tinggal pasangan, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat.

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhram telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.



Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.

Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?

Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.

Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.

Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”


Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?


******


Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:


Jika jawapan A:


Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..


Jika jawapan B:


Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!


Jika jawapan C:


Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!


Jika jawapan D:


Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?


Jika jawapan E:


Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!

Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.


Thursday, 18 October 2012

Doa Melembutkan Hati Anak, Isteri dan Suami serta Membentuk Keluarga Bahagia..

Views


                                     

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)..


 Doa ini diambil dari al-Quran dan cara doa dibaca seperti di bawah...

رَبـَّــنـَــا.…………………… ۝

Maksudnya
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri..

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. 

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ” 

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” 

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata orang-orang mukmin..

Wednesday, 17 October 2012

Doa Mendapat Jodoh, Murah Rezeki & Dilembutkan Hati

Views

                          


"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Surah Nuh: ayat 10-12)

Doa untuk mendapat jodoh dan rezeki

Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir
(Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu)

Doa ini adalah daripada surah al-qasas ayat 24. Ia merupakan doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon isterinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. Doa ini disarankan oleh Habib Munzir (www.majelisrasulullah.org) seperti yang diajarkan oleh gurunya. 

Doa ini dibaca untuk mendapatkan jodoh dan rezeki. Boleh dibaca bila-bila masa, tanpa batasan  jumlah dan tanpa batasan waktu. Dibaca sebanyak-banyaknya, semoga mendapat rezeki yang melimpah dan jodoh yang baik.

Doa pelembut hati

Ayat ini dibaca untuk melembutkan hati yang keras, hati yang ada hasad dengki, suka melakukan perbuatan jahat dan anak-anak yang degil.


Ayat ini adalah dari surah Al-Israk ayat 82:


 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.