Welcome To ✦ Domokun ✦ Land..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ Domokun ✦






Pages

ƨɛℓαмαт ∂αтαиɢ κɛ вℓσɢ ∂σмσ κʋи.. ʝαиɢαи ℓʋρɛ ғσℓℓσω αи∂ ℓικɛ ғαиραɢɛ ƨαʏɛ тαω.. σκɛʏн..ℓɛραƨтʋ тιɢɢαℓκαи ʝɛʝακ κσяαиɢ ∂ɛκαт ƨнσʋтвσϰ тʋ σκ ..

nak cari ape !!

Tuesday, 23 October 2012

Kecewa cinta : Mengapa perlu bunuh diri?

Views


                                
Salam sejahtera.. semoga kita semua tergolong didalam orang2 yang diredhai Allah.. Bersabarlah dalam menghadapi hidup ini. Walau kadangkala kita merasakan hidup ini terlalu banyak ujian yang menimpa kita. Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya. Dan dia juga tidak akan menguji hambanya denga ujian yang tidak mampu hambanya hadapi.Dalam hidup kita, pasti kita tidak lari untuk membicarakan tentang cinta. Diam atau tidak.. Naluri kita sebagai manusia pasti akan hadir perasaan cinta. Ia adalah fitrah dan lumrah semula jadi insan untuk salin sayang menyayangi.Tidak salah untuk kita bercinta jika benar haluan yang ingin kita bawakan dalam percintaan. Dalam alam percintaan pasti kita sering lupa diri. Hingga sanggup berkorban harta ringgit demi orang yang kita cinta. Ada juga yang sanggup berubah menjadi orang lain demi menjaga hati dan perasaan orang yang kita cinta.
bunuh diri Kecewa cinta : Mengapa perlu bunuh diri?

Namun harus kita ingati. Adakala percintaan yang terbina tidak semestinya berakhir ke alam perkahwinan. Dan bila kita putus dalam percintaan kita pasti akan rasa kecewa dan hampa. Apatah lagi kita merasakan telah banyak yang kita lakukan yang telah kita korbankan hanya untuk percintaan yang terbina.Persoalannya.. Mengapa ada yang sanggup mengambil jalan mudah apabila putus cinta? Hingga ada yang tergamak menamatkan riwayatkan diri sendiri.Bukankah masih banyak lagi wanita atau lelaki yang lebih baik diluar sana. Kita harus yakin bahawa apa yang Alla ciptakan dan aturkan dalam hidup kita adalah sebaik baiknya aturan buat kita.Islam sendiri melarang kita membunuh diri kerana tergolong dalam dosa besar. seperti Sabda Rasulullah saw yang bermaksud“Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)Maka marilah bersama kita renungi diri kita ini. Apatah lagi bagi kita yang kini tengah hangat dilamun percintaan. Tanyalah diri kita apakah kita telah bersedia untuk kecewa? Carilah ilmu yang dapat membantu kita mengekalkan percintaan hingga ke jinjang perkahwinan.

                                                          

2 comments:

Unknown said... Reply To This Comment

very nice entry :D
keep it up ! :DD

btw saya dah follow sini :D #19
jemputlah ke blog saya :D

http://hatorubisco.blogspot.com

nieta sharif said... Reply To This Comment

@Hatoru Bisco : okeyh.. saye follow awk :)

 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.